mdroji@bh.com.my
KUCHING: Taktik dua 'keldai dadah' menerbangkan pil Erimin 5 seberat 32.73 kilogram bernilai RM3.3 juta dari Johor Bahru ke Sarawak akhirnya kecundang di tangan polis, baru-baru ini.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak berkata, kedua-dua suspek berusia 25 dan 39 tahun berasal dari Miri itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), di sini, pada 28 September lalu.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati dua suspek terbabit dipercayai mula aktif sejak Ogos lalu dengan mendapatkan bekalan dadah dari Johor Bahru sebelum membawanya ke Kuching menggunakan penerbangan domestik untuk diedarkan di sekitar bandar raya ini.










