JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, menyifatkan kemenangan besar 6-0 ke atas PKR Svay Rieng dalam aksi Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee musim 2026-27 di Stadium Sultan Ibrahim, semalam, amat berbaloi.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu berkata, perancangan taktikal yang dirangka menerusi analisis corak permainan skuad kendalian Matthew McConkey memberi kesan positif terhadap persembahan JDT, yang jelas mendominasi permainan sepanjang 90 minit.
"Hasil analisis yang kami lakukan menunjukkan pasukan lawan beraksi dengan corak berbeza berbanding musim lalu. Kami sudah bersedia menghadapi mereka yang menggunakan taktikal kawalan satu lawan satu dan cuba menyekat pergerakan pemain tengah JDT.









