JAKARTA – Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka akan menghormati semua proses undang-undang di Mahkamah Perlembagaan Indonesia selepas mahkamah berkenaan menolak petisyen mencabar kelayakannya untuk berkhidmat sebagai naib presiden, termasuk dakwaan berkaitan kelayakan pendidikannya, lapor laman berita Jakarta Globe semalam.
Gibran berkata, beliau akan menumpukan perhatian kepada pelaksanaan tugas di samping Presiden Prabowo Subianto dan tidak akan memberi perhatian kepada cabaran undang-undang tersebut.
“Kami menghormati semua peringkat dan proses di Mahkamah Perlembagaan. Apa yang paling penting sekarang ialah saya terus fokus bekerja untuk rakyat dan menyokong visi, misi serta program presiden,” kata Gibran kelmarin.










