austin@nst.com.my
Kuala Lumpur: Seorang warga Filipina dipercayai menjadi dalang di sebalik cubaan menyeludup lebih setengah tan syabu (crystal methamphetamine) dari Laos ke Manila dengan menggunakan sebuah jet peribadi yang dikaitkan dengan syarikat penerbangan kendalian Malaysia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan awal mendapati individu terbabit mengatur piagam pesawat berkenaan pada harga AS$49,500 (kira-kira RM202,250) bagi membawa barangan yang diisytiharkan sebagai kargo dari Laos ke Filipina.
Beliau berkata polis Malaysia telah berkongsi maklumat berhubung individu berkenaan dengan Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) bagi membantu usaha mengesan dan menahan suspek.










