SINGAPURA: Duta Aston Martin, Pedro de la Rosa menyifatkan pelumba Red Bull, Max Verstappen, sebagai pemandu terhebat sepanjang zaman dalam F1, selain menganggapnya antara kelompok kecil pelumba "istimewa" di grid ketika ini.
De la Rosa meletakkan Verstappen pada kedudukan tinggi kerana pelumba Belanda itu sering menonjol berbanding pelumba lain dalam saingan F1.
Verstappen mula menjadi sebahagian daripada kelompok pelumba F1 ketika membuat penampilan sulung bersama Toro Rosso di usia 17 tahun pada tahun 2015, sebelum dinaikkan ke pasukan Red Bull pada awal musim 2016.
Sepanjang sedekad bersama Red Bull, Verstappen muncul antara pelumba paling berjaya dalam sejarah F1.
Hanya Lewis Hamilton, Michael Schumacher dan Juan Manuel Fangio memenangi lebih banyak gelaran berbanding Verstappen, yang merangkul empat kejuaraan berturut-turut dari tahun 2021 hingga 2024.










