Manchester: Manchester United dan Tottenham amat memerlukan kemenangan apabila bertembung dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford esok, manakala Arsenal berusaha bangkit di laman sendiri menentang Leeds selepas mengalami kekalahan yang jarang berlaku.
Berikut aksi tumpuan apabila saingan liga utama England kembali bersambung selepas rehat antarabangsa selama tiga minggu.
Transformasi Manchester City menjadi kuasa dominan bola sepak England sejak pengambilalihan yang disokong Abu Dhabi, 18 tahun lalu, memberi kesan besar kepada Liverpool berbanding kebanyakan kelab lain.
Pertuduhan terhadap City meliputi tempoh antara tahun 2009 hingga 2018. Namun, asas kejayaan yang dibina sepanjang tempoh itu membolehkan mereka terus mendominasi Liga Perdana Inggeris sepanjang sebahagian besar era kendalian Pep Guardiola selepas itu.










