JOHOR BAHRU: Seorang pejalan kaki berusia 41 tahun maut akibat dirempuh kereta ketika melintas di Jalan Persisiran Perling di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor, berkata pada jam 8 malam tadi, pihaknya menerima makluman berkaitan kemalangan jalan raya yang

membabitkan sebuah kenderaan dan pejalan kaki.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Mazda 3 dipandu

lelaki warga tempatan berusia 43 tahun sedang bergerak lurus di lorong kanan dari arah