Ipoh: Seorang lelaki ditemukan terbaring di tepi jalan dipercayai mati dibunuh di Jalan Kampung Air Hitam, Sungai Sejuk, Sungai Siput awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Charan Ai Wan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat yang belum diketahui identiti itu, jam 4.45 pagi daripada orang awam.

"Selepas menerima aduan berkenaan, pegawai penyiasat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput telah ke lokasi kejadian dan menjalankan pemeriksaan luaran terhadap tubuh mangsa.

"Hasil siasatan awal ke atas tubuh mangsa mendapati, terdapat unsur perbuatan jenayah dan manakala perkembangan lanjut akan dimaklumkan polis dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan hari ini.