PETALING JAYA: Pelantikan penyelaras Parlimen bukan bertujuan mengambil alih fungsi Ahli Parlimen, sebaliknya memperkukuh penyelarasan projek pembangunan, program komuniti dan penyampaian bantuan kerajaan tanpa melibatkan implikasi kewangan tambahan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, pelantikan itu tertakluk kepada pertimbangan dan persetujuan Perdana Menteri berdasarkan keperluan di kawasan berkenaan.

Katanya, pelantikan penyelaras Parlimen tidak melibatkan pembayaran elaun tambahan atau penyediaan peruntukan khusus bagi penyelenggaraan pejabat dan operasi jawatan berkenaan.

“Pelantikan penyelaras Parlimen tidak membabitkan sebarang implikasi kewangan tambahan kepada kerajaan.