PEMBENTANGAN Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini bukan sekadar acara tahunan membentangkan angka hasil, perbelanjaan dan defisit negara.
Sebagai seorang yang pernah bersama beliau dalam PKR, kemudian melalui fasa politik berbeza termasuk menyertai BERSATU dan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri, penulis melihat perjalanan politik Anwar dari dekat dalam pelbagai keadaan.
Keputusan untuk kembali menyertai PKR baru-baru ini lahir daripada keyakinan dalam suasana politik dan ekonomi semakin tidak menentu, negara memerlukan kepemimpinan mempunyai keberanian melakukan reformasi, pengalaman mengurus krisis serta kesungguhan mengembalikan soal amanah dan tatakelola ke tengah pentadbiran.










