KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, dengan pasaran kekal berhati-hati apabila mereka terus menilai prospek fiskal menjelang pembentangan Belanjawan 2027.
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0880/0945 berbanding dolar AS daripada 4.0890/0940 semasa ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pasaran akan memberi tumpuan kepada kedudukan fiskal kerajaan, dengan jangkaan bahawa kerajaan akan mengekalkan disiplin fiskal dan memastikan defisit fiskal pada trend penurunan.
Beliau berkata, ini amat penting berdasarkan pertimbangan politik berkaitan belanjawan, dengan pilihan raya negeri semakin hampir dan pilihan raya umum dijangka pada masa akan datang.










