puterialia@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pelakon, Beto Kusyairy, 46, terus melakar nama di persada seni apabila diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan - Pelakon Lelaki Terbaik (National Winner - Best Actor in a Leading Role) menerusi lakonan cemerlangnya dalam naskhah Good Boys Go to Heaven di Anugerah Kreatif Akademi Asia (AACA) 2026.
Kejayaan membanggakan itu dikongsikan menerusi hantaran rasmi di Instagram Asian Academy Creative Awards, semalam.
Menerusi hantaran itu, kemenangan berkenaan sekali gus melayakkan Beto untuk membawa cabaran Malaysia ke peringkat Grand Gala Akhir AACA yang dijadualkan berlangsung pada 3 Disember depan.
Di pentas akhir itu nanti, Beto bakal berentap bagi merebut trofi emas (Golden Statuette) yang diidamkan ramai.










