Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi atas bantuan peribadinya dalam memudah cara penyaluran bantuan kemanusiaan Malaysia kepada rakyat Palestin.
Perdana Menteri berkata, penghargaan itu termasuk usaha membawa mangsa yang cedera dari Gaza ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Katanya, Mesir memberikan sokongan besar terhadap inisiatif kemanusiaan Malaysia dengan penyelarasan dilakukan secara langsung menerusi pejabat Presiden Mesir dan perisikan tentera negara itu.
"Malaysia mengambil pendirian tegas terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, khususnya di Gaza, akibat keengganan Israel untuk berkompromi dan keganasan yang dilakukannya.








