Kuala Lumpur: "Kita beri laluan kepada adik-adik saya, Syed Saddiq dan Bella. Selepas itu, mungkin kami pula akan melangsungkan apa yang perlu dilangsungkan, insya-Allah," kata penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 48.
Kenyataan ini sekali gus menafikan dakwaan bahawa beliau sudah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Datuk Seri Vida (DSV) atau nama sebenar Hasmiza Othman, 54.
Beliau turut menafikan sudah mengikat tali pertunangan dengan buah hatinya kerana memaklumkan masih perlu melalui beberapa proses sebelum disatukan sebagai suami isteri.
"Alhamdulillah. Saya suka bila ada kata-kata manis dan doa-doa yang positif. Setiap kata-kata itu adalah satu doa. Jadi kalau kata kami dah kahwin, jawapannya belum. Bertunang pun belum.









