Johor Bahru: Peningkatan kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam Belanjawan 2027 disifatkan sebagai 'talian hayat' yang tepat pada waktunya, namun kerajaan digesa tidak berhenti di situ sebaliknya menaikkan lagi jumlah bantuan bulanan itu bagi mengimbangi tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar.

Aktivis masyarakat, Michael Tay Chee Boon berkata, walaupun inisiatif sedia ada wajar dipuji, fokus khusus terhadap pemerkasaan agihan bantuan tunai bulanan perlu diberi perhatian berterusan oleh kerajaan.

"Langkah kerajaan menerusi belanjawan ini memang satu permulaan yang baik dan melegakan. Namun, untuk memastikan golongan B40 benar-benar kalis cabaran ekonomi semasa, kadar SARA wajar dinaikkan lagi mengikut kadar inflasi dan keperluan isi rumah," katanya.