KUALA TERENGGANU: Rundingan kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan perkembangan positif apabila persetujuan pada dasarnya sudah dicapai.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pembahagian kerusi dan pemilihan calon masih dalam perbincangan sebelum keputusan muktamad dibuat.
“Pada dasarnya, sebahagian besar rundingan sudah mencapai persetujuan. Bagaimanapun, jumlah kerusi masih dalam perbincangan dan calon-calon juga akan dibincangkan,” katanya selepas Majlis Perasmian Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang di Jalan Pusara, di sini, hari ini.
Kompleks DUN Ladang yang menelan kos pembinaan RM1.5 juta itu akan beroperasi sebagai Pusat Khidmat Dun Ladang yang baharu.








