KUALA TERENGGANU - Rundingan kerjasama antara Pas dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menunjukkan perkembangan positif dan telah mencapai persetujuan asas.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun proses pembahagian kerusi dan pemilihan calon masih dalam peringkat perbincangan sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat."Pada dasarnya, sebahagian besar rundingan sudah mencapai persetujuan. Bagaimanapun, jumlah kerusi masih dalam perbincangan dan calon-calon juga akan dibincangkan," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang di Jalan Pusara di sini pada Sabtu.Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor.Sebelum ini pada Jumaat, Perikatan Nasional (PN) mengesahkan bakal bertanding lebih empat kerusi dalam PRN Melaka yang dijadualkan bulan depan.Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, memaklumkan perkara terbabit ada dibincangkan dalam mesyuarat kerjasama dengan BN dan menjangkakan ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat menerusi perbincangan bersama UMNO dan BN.Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, pendekatan kerjasama politik perlu mengambil kira keadaan serta keperluan di setiap negeri termasuk Melaka, Johor dan Negeri Sembilan.Tambah beliau, senarai nama calon yang dicadangkan akan dibincangkan terlebih dahulu sebelum dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan daripada Majlis Syura Ulama Pas.Dalam pada itu, mengulas mengenai Belanjawan 2027 yang dibentangkan semalam, Abdul Hadi menyatakan bahawa Pas mempunyai pandangan berbeza terhadap beberapa perkara, merangkumi aspek yang dipersetujui serta isu yang perlu diperhalusi.Menurut beliau, pendirian rasmi parti berhubung belanjawan itu akan dijelaskan secara terperinci menerusi sesi perbahasan di Parlimen dalam tempoh empat minggu akan datang."Antara perkara yang turut menjadi tumpuan perhatian ialah kemungkinan kenaikan gaji memberi kesan kepada inflasi, sekali gus meningkatkan beban kos sara hidup rakyat."Kerajaan perlu memberi perhatian kepada langkah mengawal inflasi, khususnya membabitkan harga barangan keperluan," katanya.Selain itu, beliau turut menekankan bahawa penguasaan pasaran oleh syarikat besar atau amalan kartel dalam sektor tertentu juga perlu ditangani bagi memastikan harga barangan tidak terus membebankan pengguna.Kompleks DUN Ladang yang dirasmikan itu dibina dengan kos sebanyak RM1.5 juta.
PRN Melaka: Rundingan Pas-BN capai persetujuan asas - Abdul Hadi

Key takeaways
Rundingan Pas dan BN untuk PRN Melaka mencapai persetujuan asas, tetapi pembahagian kerusi dan calon masih dalam perbincangan.
- Pas dan BN mencapai persetujuan asas dalam rundingan kerjasama PRN Melaka.
- Pembahagian kerusi dan pemilihan calon masih dalam perbincangan.
- PN akan bertanding di lebih empat kerusi dalam PRN Melaka yang dijadualkan bulan depan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORHASPIDA YATIM
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Ahmad Maslan syor umum calon BN lebih awal
- Utusan Malaysia Tiada rundingan dengan BN dan PH Plus – DAP Melaka
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: BN muktamadkan rakan kerjasama selepas 7 Okt - Zahid
- Sinar Harian PRN Melaka: Rundingan Pas-BN capai persetujuan asas - Abdul Hadi (this story)
- Utusan Malaysia PRN Melaka: Kerjasama Pas, BN positif – Hadi Awang








