ALOR SETAR: Semua institusi pendidikan di Kedah akan beroperasi seperti biasa esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di semua kawasan pemantauan negeri itu masih di bawah paras 100, setakat pukul 2 petang ini.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu bagaimanapun tertakluk kepada sebarang arahan terbaharu daripada Kementerian Pendidikan (KPM) dan pihak berkuasa berkaitan.

Menurut kenyataan itu, pihak sekolah dan institusi pendidikan diingatkan supaya sentiasa memantau perkembangan jerebu serta bacaan IPU melalui saluran rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memberikan perhatian kepada murid dan warga pendidikan yang mengalami masalah kesihatan, khususnya mereka yang sensitif terhadap keadaan kualiti udara.