KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merancang pelaburan RM1.5 bilion melalui Dana Pemacu serta peruntukan dalam inovasi, peralihan tenaga, semikonduktor dan penginapan pelajar bagi menyokong keutamaan ekonomi negara.
Rancangan menggerakkan modal merangkumi pasaran swasta, sektor strategik dan pasaran modal domestik itu tertakluk kepada proses pelaburan KWAP, pertimbangan risiko dan pulangan serta keadaan pasaran semasa.
KWAP dalam kenyataan memaklumkan, pelaburan melalui Dana Pemacu yang diumumkan dalam Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh keupayaan pengurusan dana tempatan, menarik penyertaan modal swasta serta memperluas akses pembiayaan kepada syarikat Malaysia pada peringkat pertumbuhan.









