PONTIAN: Ibu kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Kampung Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong di sini, mengakui masih tidak sanggup melihat pakaian dan beg sekolah anak-anaknya kerana terlalu banyak kenangan yang sukar dilupakan.
Julaiha Munaji, 44, berkata kehilangan serentak Nor Daniel Aiman Norlizan, 18, Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, dan Puteri Naufa Raisha Norlizan, 8, merupakan dugaan paling berat buat dirinya sekeluarga.
Dia berkata, kehilangan anak bongsunya, Puteri Naufa, paling dirasai kerana satu-satunya anak perempuan daripada enam beradik itu amat rapat dengannya.
"Saya mempunyai enam anak, lima lelaki dan seorang perempuan. Bertahun-tahun saya dan suami berdoa untuk mendapat anak perempuan, tetapi hanya dapat bersamanya selama lapan tahun.









