London: Bekas bintang Manchester City dan Leicester City, Riyad Mahrez, mungkin terpaksa tidur di sofa selepas ini apabila terlepas cakap mengenai 'wanita-wanita di Dubai' tanpa menyedari perbualannya sedang disiarkan secara langsung.
Mahrez dihubungi bekas pemain England, Dele Alli, ketika pemain itu melakukan siaran langsung menerusi Twitch yang mempunyai lebih 130,000 pelanggan.
Malangnya buat Mahrez, masalah isyarat telefon mungkin menyebabkan dia tidak menyedari perbualannya dengan Alli sedang disiarkan secara langsung kepada ribuan penonton.
Mahrez yang kini berstatus ejen bebas, menjawab panggilan itu tetapi menghadapi kesukaran mendengar suara Alli ketika bekas pemain Tottenham Hotspur itu berkata: "Saya di London, sedang buat siaran langsung. Saya cuma menghubungi beberapa orang. Mereka boleh dengar suara awak, mereka boleh dengar secara langsung, bro."






