JAKARTA – Sekurang-kurangnya 19 pelajar di Cilegon, wilayah Banten dibawa ke hospital selepas gas pemedih mata yang dilepaskan pasukan polis semasa latihan simulasi pengendalian rusuhan masuk ke kawasan sekolah mereka, lapor laman berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku antara pukul 10 pagi (waktu tempatan) hingga 10.30 pagi di SMK Madinatul Hadid, baru-baru ini.
Naib Pengetua SMK Madinatul Hadid, Farid Jami’in berkata, pihak sekolah pada awalnya tidak mengesyaki asap yang masuk ke kawasan mereka adalah gas pemedih mata.
“Pada pukul 10 hingga 10.30 pagi, terdapat asap yang dibawa angin dari balai polis. Saya tidak tahu apa asap itu tetapi ia membuatkan saya pening,” kata Farid kepada pemberita.








