KUALA TERENGGANU – Kenaikan insentif Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM200 bagi seorang pelajar yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2027 semalam rahmat besar buat ibu bapa terutama mereka yang mempunyai anak ramai.
Seorang ibu, Siti Jamilah Hanim Jamil, 42, berkata, BAP tersebut amat bererti bagi persiapan empat anak yang bakal berada dalam darjah dua hingga tingkatan empat pada sesi persekolahan tahun hadapan.
“Alhamdulillah, tahun hadapan, anak-anak saya akan mendapat keseluruhan RM800 berbanding RM600 pada tah









