PETALING JAYA – Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan beroperasi seperti biasa, esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri berkenaan masih terkawal.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memantau perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa.

“Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu beroperasi seperti biasa esok (11 Oktober 2026) memandangkan bacaan IPU masih terkawal.

“KPM akan terus memantau perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa,” katanya.