KUALA LUMPUR – Kepimpinan yang mantap perlu dibina dari bawah menerusi pengalaman mengurus organisasi, bekerja dalam pasukan dan belajar menerima perbezaan pandangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata, penganjuran program sukan seperti futsal mampu menjadi platform terbaik untuk melatih golongan muda membina kemahiran kepimpinan dan semangat berpasukan.

Menurutnya, penganjuran kejohanan yang melibatkan lebih 40 pasukan bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan komitmen tinggi daripada jawatankuasa dan sukarelawan.

“Kalau kita nak jadi orang yang terlibat dalam memimpin sesuatu pasukan atau negara pada masa akan datang, kita kena bermula dari bawah.