SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) dicadang menubuhkan jabatan teknologi kuantum menjelang tahun depan bagi melahirkan lebih ramai pakar tempatan dalam bidang teknologi baharu berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata usaha itu penting bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan berbanding negara maju yang kini pesat membangunkan teknologi kuantum.
"Saya berharap satu Jabatan Teknologi Kuantum dapat ditubuhkan di UiTM, yang akhirnya berpotensi berkembang menjadi sebuah fakulti.
"Ini adalah teknologi baharu yang akan meletakkan negara kita di barisan hadapan, seiring dengan negara maju lain.
"Kecerdasan Buatan (AI) memang baik dan kita sudah mencatatkan pencapaian cemerlang dalam bidang itu, tetapi kuantum adalah teknologi baharu berasaskan perkembangan teras terkini. Malaysia tidak boleh ketinggalan," katanya.







/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)

