SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) dicadang mewujudkan Jabatan Kuantum pada tahun hadapan sebelum berkembang menjadi sebuah fakulti.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkembangan bidang kecerdasan buatan (AI) sememangnya penting, namun kuantum merupakan teknologi bidang baharu berdasarkan dapat teknologi terakhir dan perlu diberi perhatian supaya Malaysia tidak ketinggalan."Saya harap Jabatan Kuantum dapat diwujudkan di UiTM ini yang akhirnya akan membesar menjadi sebuah fakulti. Ini merupakan teknologi baharu yang akan meletakkan negara kita berada di garisan hadapan bersama-sama dengan negara-negara yang lain."Teknologi kuantum juga merupakan teknologi baharu dan Malaysia tidak seharusnya ketinggalan dalam perkembangan bidang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas selesai merasmikan Seminar Ilmuan Islam Malaysia di UiTM di sini pada Ahad. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkata, sebanyak RM500,000 akan disalurkan sebagai modal awal bagi membolehkan UiTM mewujudkan jabatan berkenaan. Tambahnya, potensi bidang berkenaan cukup besar untuk menarik lebih ramai pelajar mengikuti pengajian berkaitan serta melahirkan pakar quantum dalam tempoh kurang daripada satu dekad."Mengenai perkara itu, saya serahkan kepada Tan Sri Kamil nanti untuk menguruskan pengagihannya."Ini sekadar modal permulaan yang akan saya salurkan supaya langkah-langkah penubuhan jabatan tersebut dapat dilaksanakan dengan segera," katanya.
UiTM dicadang wujud Jabatan Kuantum - Ahmad Zahid

Key takeaways
UiTM plans to establish a Quantum Department, which may become a faculty in the future, to develop quantum technology and not fall behind other countries.
- UiTM plans to establish a Quantum Department.
- The department may become a faculty in the future.
- RM500,000 will be allocated as initial funding for the department.
- The department aims to produce quantum experts in under a decade.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ZULHAIZI ROSDI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian UiTM dicadang wujud Jabatan Kuantum - Ahmad Zahid (this story)









