am@hmetro.com.my
Shah Alam: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin kepimpinan baharu UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings) mampu memulihkan syarikat itu susulan pelbagai masalah yang dihadapinya.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau meletakkan keyakinan terhadap Dr Fathul Bari Mat Jahya yang diberi amanah menerajui UiTM Holdings untuk melaksanakan perubahan atau 'game changer' terhadap pandangan dan kedudukan syarikat berkenaan.
Beliau berkata, usaha itu perlu berlandaskan tiga amanah utama, iaitu membebaskan pemikiran melalui ilmu dan bukti, menguasai kepakaran serta berkhidmat dengan penuh amanah.
"Apapun imbuhan, permasalahan di UiTM Holdings, saya mempunyai keyakinan bahawa anda boleh membuat 'game changer' untuk mengubah UiTM Holdings. Betulkan semula.








/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)

