Singapura: Litar Formula Satu (F1) Singapura perlu direka semula kerana kurang menarik untuk perlumbaan pecut, kata pemenangnya, Max Verstappen dan naib juara Lewis Hamilton.

Hujan menyebabkan permulaan perlumbaan pecut sulung di Litar Marina Bay tertangguh, manakala peluang memotong yang hampir mustahil menjadikan insiden pelanggaran dan rekod sembilan jentera gagal menamatkan perlumbaan sebagai satu-satunya aksi dramatik.

"Saya rasa kita tidak sepatutnya mengadakan perlumbaan pecut di litar yang menyukarkan pelumba memotong," kata pelumba Red Bull, Verstappen yang bermula dari petak utama dan meraih kemenangan pertamanya di litar itu.

"Saya tiada masalah, saya hanya melakukan tugas saya tetapi perlumbaan seperti ini bukanlah sesuatu yang saya gemari.