CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan seorang individu dipercayai memuat naik hantaran disyaki menghina agama Islam menerusi platform media sosial Facebook.MCMC menerusi kenyataan memaklumkan, siasatan dijalankan susulan kandungan berkenaan yang dikaitkan dengan penggunaan perkataan "lighad" merujuk kepada Surah al-Hashr, ayat 18, dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri pada 9 Oktober lalu.Menurut kenyataan itu, kandungan berkenaan didakwa mempersenda ayat suci al-Quran sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat."Sehubungan itu, MCMC telah mengambil rakaman percakapan individu berkenaan bagi membantu siasatan."Satu unit telefon bimbit berserta eSIM turut disita untuk tujuan pemeriksaan forensik," menurut kenyataan itu pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan isu berkenaan timbul selepas seorang individu menerusi hantaran di media sosial mempersoalkan penggunaan perkataan ‘Lighad’ dengan menyatakan beliau tidak mengetahui maksud perkataan berkenaan.Menerusi tangkap layar hantaran itu, pemerhati politik yang mengendalikan akaun terbabit didakwa memuat naik Surah al-Hashr, ayat 18.Melalui hantaran itu, individu itu dipercayai menulis: "Yang saya tengok ialah ada ‘Lighad’ yang saya langsung tak tahu apa itu. Tapi tak ada ‘Liwat’ pula."Dalam perbentangan Belanjawan 2027 pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian rakyat apabila beberapa kali menggunakan beberapa istilah yang jarang didengar termasuk 'waad' dan 'lighad'.Dalam bahasa Arab, ‘waad’ bermaksud janji, manakala ‘lighad’ merujuk kepada hari esok.Sementara itu, MCMC memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]."Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.Dalam pada itu, MCMC menegaskan kebebasan bersuara di media sosial perlu diamalkan secara bertanggungjawab dengan menghormati sensitiviti agama serta memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.
Individu disyaki hina Islam dirakam keterangan

Key takeaways
MCMC merakam keterangan individu yang disyaki memuat naik hantaran menghina Islam di Facebook.
- Individu disyaki memuat naik hantaran menghina agama Islam melalui media sosial.
- MCMC menyiasat kandungan yang merujuk kepada Surah al-Hashr, ayat 18.
- Satu unit telefon bimbit dan eSIM disita untuk pemeriksaan forensik.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today 25 individu diambil keterangan berkait kes AKPS
- Berita Harian Kes KP AKPS: Polis rakam keterangan 25 individu - KPN
- Sinar Harian Individu disyaki hina Islam dirakam keterangan (this story)









