KUALA LUMPUR - Asia Influencer Award 2026 bukan sekadar platform mengiktiraf pencapaian usahawan, sebaliknya membuka ruang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menembusi pasaran antarabangsa menerusi jaringan perniagaan rentas negara.Ketua Penasihat Antarabangsa Asia Influential Award 2026, Dr Gavin Voon Shih Chin berkata, penganjuran sesi rangkaian perniagaan itu bertujuan memastikan penerima anugerah mendapat manfaat berterusan, khususnya dalam membina hubungan strategik dengan rakan perniagaan dari luar negara.Menurutnya, platform berkenaan kini menghubungkan usahawan dari 24 negara berbanding 11 negara pada peringkat awal, sekali gus mendorong penganjuran tahun ini berkembang daripada ASEAN Influencer Award kepada Asia Influential Award."Tahun lalu, kami menganjurkan ASEAN Influencer Award kerana Malaysia menjadi negara tuan rumah bagi peringkat ASEAN. Tahun ini, kami mengembangkannya kepada Asia Influencer Award kerana jaringan negara yang dihubungkan kini meningkat kepada 24 negara."Antara negara yang menyertai sesi hari ini (Jumaat) termasuk India, Jepun, Korea Selatan dan Qatar," katanya ketika ditemui pada sesi rangkaian perniagaan Asia Influencer Award 2026 di sini.Dr Gavin berkata, pendekatan itu membezakan platform berkenaan daripada penganjuran anugerah lain yang lazimnya berakhir selepas majlis penyampaian pengiktirafan tanpa menyediakan ruang susulan untuk penerima membina hubungan perniagaan.Katanya, PKS tempatan berdepan cabaran untuk menembusi pasaran luar negara berikutan kekangan dari segi rangkaian perniagaan dan sumber pemasaran, justeru hubungan yang dibina menerusi platform itu mampu membantu mereka meneroka peluang baharu."Kami mempunyai pengarah kebangsaan dari pelbagai negara yang memiliki sumber dan jaringan masing-masing untuk membantu PKS Malaysia mengembangkan perniagaan di pasaran mereka."Melalui sesi ini, peserta boleh berbincang mengenai potensi kerjasama dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sekiranya terdapat kesesuaian," katanya.Bagaimanapun, beliau menegaskan, penandatanganan MoU bukan sekadar memenuhi keperluan formaliti, sebaliknya setiap kerjasama akan dipantau melalui tindakan susulan bagi memastikan kedua-dua pihak berpeluang merealisasikan projek, produk atau usaha niaga yang dipersetujui.Menurutnya, sesi rangkaian perniagaan tahun ini menghimpunkan 35 penerima anugerah daripada dua kategori utama, iaitu individu dan korporat, dengan penyertaan tertumpu kepada sektor kecantikan, kesihatan dan teknologi.Selain membuka peluang pengembangan perniagaan, katanya, platform itu turut memberi ruang kepada usahawan mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan pasaran tempatan dan antarabangsa bagi mengenal pasti peluang yang berpotensi dimanfaatkan."Sebagai pemilik perniagaan, mereka perlu mengetahui perkembangan semasa di dalam dan luar negara. Maklumat itu boleh mencetuskan idea baharu serta membantu mereka mengenal pasti peluang untuk mengembangkan perniagaan," katanya.Mengula
Asia Influencer Award sasar lonjak peluang niaga rentas negara

Key takeaways
Asia Influencer Award 2026 membantu PKS tempatan menembusi pasaran antarabangsa melalui jaringan 24 negara.
- Platform ini memperluaskan jaringan perniagaan dari 11 kepada 24 negara.
- Penganjuran sesi rangkaian perniagaan bertujuan memastikan manfaat berterusan kepada penerima anugerah.
- PKS tempatan mendapat bantuan dari pengarah kebangsaan negara lain untuk memperluas pasaran.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia BAKAT MADANI sasar 30,000 peluang pekerjaan baharu
- Utusan Malaysia Asia Influential Award 2026 tonjol legasi usahawan
- Sinar Harian Asia Influencer Award sasar lonjak peluang niaga rentas negara (this story)








