KUANTAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang memasang empat perangkap kamera selepas menerima laporan mengenai kelibat seekor harimau belang berkeliaran di tepi jalan laluan Bukit Fraser dekat Raub menghala ke Kuala Kubu Baharu, Selangor.Pengarah Perhilitan Pahang Yusoff Shariff berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira 9 pagi semalam."Empat petugas Perhilitan telah ke lokasi bagi membuat siasatan dan memasang perangkap kamera," katanya ketika dihubungi Bernama.Beliau berkata pemantauan di kawasan berkenaan akan diteruskan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kehadiran harimau belang itu.Sebelum ini, tular di media sosial beberapa gambar memaparkan kelibat haiwan itu yang menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. - Bernama
Perhilitan pasang perangkap kamera jejak harimau belang di laluan Bukit Fraser

Key takeaways
Perhilitan Pahang memasang empat perangkap kamera untuk mengesan harimau belang di laluan Bukit Fraser.
- Perhilitan menerima laporan tentang harimau belang di laluan Bukit Fraser.
- Empat petugas Perhilitan telah ke lokasi untuk memasang perangkap kamera.
- Pemantauan akan diteruskan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗







