KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 dilihat sebagai usaha kerajaan mengurangkan kos sara hidup rakyat menerusi pemberian bantuan kewangan, pelepasan cukai individu serta pengurangan cukai kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata pendekatan itu merangkumi beberapa langkah bagi membantu rakyat menangani tekanan perbelanjaan harian di samping meringankan beban kewangan golongan pekerja dan sektor perniagaan.

Katanya, antara langkah itu ialah pemberian bantuan kewangan bagi meningkatkan kemampuan rakyat membeli barangan keperluan, dengan jumlah bantuan berbeza mengikut kategori penerima.

"Saya nampak daripada pengumuman belanjawan, Perdana Menteri banyak menyentuh kepada bagaimana nak mengurangkan kos sara hidup. Jadi kos sara hidup ni ada berbagai-bagai cara.