Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi turut sambut baik kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 berkuat kuasa Jun 2027.KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menangani permasalahan rakyat, termasuk golongan berpendapatan sederhana (M40).
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata, langkah diumumkan menerusi belanjawan itu dijangka membantu meringankan beban kewangan golongan M40 yang berdepan tekanan akibat komitmen perbelanjaan tinggi.
“Selama ini dari segi lebihan pendapatan itu, dan dari segi kuasa beli, mereka (golongan M40) agak tertekan disebabkan komitmen yang tinggi,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2027 di Bangunan Parlimen hari ini.







