KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) komited menyokong pelaksanaan Belanjawan 2027 melalui pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta perniagaan halal, selain memudah cara pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui dan infrastruktur hijau.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz, berkata tumpuan belanjawan itu kepada industri strategik, pendigitalan, ekonomi halal dan peralihan tenaga menyediakan asas untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan daya tahan negara.

Katanya, pembangunan ekonomi seterusnya bergantung bukan sahaja kepada akses pembiayaan, tetapi juga keupayaan menggembleng sumber, inovasi dan bakat secara berkesan bagi meningkatkan produktiviti, daya saing serta mewujudkan aktiviti ekonomi bernilai tinggi.