Kuala Lumpur: Pelakon Toh Puan Syamim Freida meluahkan rasa gembira dan sebak apabila melihat sahabat baiknya, Bella Astillah, 32, bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34.

Menurut Syamim, dia mengakui perasaannya bercampur baur kerana mengenali Bella sejak sekian lama serta mengetahui pelbagai dugaan yang pernah ditempuhi pelakon dan penyanyi berkenaan.

"Perasaan saya sebenarnya bercampur baur. Gembira, sedih pun ada, sebak sebab Bella seorang rakan yang saya kenal sudah lama.

"Bermacam-macam dugaan yang dia lalui, ada yang dia cerita kepada orang, ada yang dia tak pernah cerita kepada orang.