KUALA LUMPUR: Manuskrip, karya kesusasteraan dan pengetahuan tradisional Melayu perlu didigitalkan supaya khazanah itu dapat diakses dan dimanfaatkan oleh generasi akan datang.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bahasa dan budaya Melayu berdepan perubahan pantas khususnya dalam cara generasi muda berkomunikasi, mendapatkan maklumat serta membentuk pemikiran.
Katanya, media sosial, kandungan digital dan pengaruh budaya global menjadikan perubahan itu semakin meluas serta sukar dibatasi oleh sempadan geografi.
“Usaha memelihara bahasa Melayu tidak boleh hanya bergantung kepada nostalgia terhadap kegemilangan masa lalu tetapi perlu memastikan bahas








