Kuala Lumpur: Penangguhan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi peminjam berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan, selain bayaran minimum RM50 sebulan bagi mereka yang berpendapatan antara RM2,501 hingga RM3,000, memberi kelegaan kepada graduan muda yang baru memulakan kerjaya.

Juruteknik, Fitri Haikal Rustam, 24, berkata penangguhan itu memberinya peluang untuk meningkatkan simpanan bagi kegunaan masa depan selepas mula bekerja beberapa bulan lalu.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat itu berkata, tempoh berkenaan juga boleh dimanfaatkan untuk mencari pekerjaan yang menawarkan gaji lebih baik sebelum mula membayar pinjaman PTPTN.

"Selain itu, penangguhan ini juga memberi peluang kepada saya untuk mengutamakan bayaran lain yang turut penting," katanya.