Dubai: Pembantu juruterbang yang menyerang kapten pesawat flydubai minggu lalu merancang untuk menggunakan pesawat bagi merempuh Lapangan Terbang Antarabangsa Tel Aviv, menurut pendakwa raya kanan Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.
Susulan kejadian itu, penumpang yang kebanyakannya warga Israel menceritakan detik cemas apabila pesawat menjunam secara tiba-tiba, selain berlaku perebutan kawalan pesawat.
Pesawat berkenaan terpaksa melakukan pendaratan cemas di Arab Saudi sebelum penumpang dibawa pulang menggunakan penerbangan flydubai kedua beberapa jam kemudian.
Pembantu juruterbang warga Oman yang identitinya tidak didedahkan dan kini ditahan di UAE dilaporkan mendapat inspirasi daripada serangan bunuh diri Al-Qaeda pada 11 September 2001 di Amerika Syarikat.









