KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju mewujudkan Tabung Pos dengan dana permulaan RM150 juta yang dijangka mula beroperasi pada suku pertama 2027 bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan pos, khususnya perkhidmatan di kawasan luar bandar, pedalaman dan pulau.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, tabung itu akan diselenggarakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memastikan perkhidmatan di bawah Obligasi Perkhidmatan Sejagat (USO), terutama penghantaran surat ke kawasan yang mempunyai tahap kesalinghubungan rendah dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Penubuhan Tabung Pos menggunakan prinsip yang sama seperti Tabung Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) bagi sektor telekomunikasi, den