OSLO: Hakim dan bekas Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay, dari Afrika Selatan, dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan.

Pillay, 85, menghabiskan kerjaya beliau dengan mempertahankan undang-undang antarabangsa serta menentang jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, Rwanda dan Myanmar, sekali gus mencetuskan reaksi keras Israel.

Bekas Hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), itu berkata beliau mendedikasikan anugerah itu kepada "mangsa yang terselamat daripada jenayah antarabangsa" ketika berucap dari bilik mahkamah di Nuremberg, Jerman, lokasi perbicaraan pemimpin Nazi yang didakwa melakukan jenayah ketika Perang Dunia Kedua.

Beliau mengkritik serangan terhadap institusi seperti ICC, yang menjadi sasaran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.