KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan menaikkan ambang kebankrapan daripada RM100,000 kepada RM150,000 dilihat mampu memberikan peluang kedua kepada individu yang menghadapi masalah kewangan.
Bagaimanapun peluang kedua berkenaan mesti disertai mekanisme pemulihan kewangan yang berkesan supaya matlamat membebaskan rakyat daripada belenggu hutang dapat dicapai sepenuhnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr T Saravanan, berkata, pihaknya menyokong penuh langkah berkenaan kerana kebankrapan membawa kesan besar terhadap kehidupan seseorang termasuk aspek pekerjaan, perniagaan dan kesejahteraan keluarga.
"Tidak semua individu yang berdepan masalah hutang sengaja mengabaikan tanggungjawab kewangan, sebaliknya ada yang terjerat akibat kehilangan pekerjaan, kegagalan perniagaan mahupun kos rawatan perubatan.








