KUALA LUMPUR: Cadangan menetapkan gaji minimum RM2,500 sebulan bagi graduan dan pekerja separa mahir menerusi Belanjawan 2027 disifatkan langkah permulaan yang baik, namun belum mencukupi untuk menampung kos sara hidup, khususnya di bandar.
Presiden Interim Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Aisy Hafiy Mohd Mokhtar, berkata sebahagian besar pendapatan bulanan graduan baharu perlu digunakan untuk menampung keperluan asas seperti sewa bilik, makanan dan pengangkutan harian, sekali gus menyukarkan mereka membuat simpanan.
Beliau berkata, pelaksanaan dasar itu juga perlu dipantau bagi mengelakkan kesan berantai terhadap pasaran, terutama jika majikan, termasuk peniaga kecil, terpaksa menanggung peningkatan kos gaji.








