KUALA LUMPUR: Bahasa Melayu mesti 'dihidupkan' dalam ruang digital dan teknologi secara meluas dalam pelbagai bentuk, merangkumi pemikiran, ilmu dan karya.
Langkah itu bagi memastikan Bahasa Melayu tidak pupus disebabkan perubahan zaman.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam dunia yang semakin terbuka dengan kehidupan generasi muda dipengaruhi perkembangan teknologi, bahasa dan budaya Melayu berdepan cabaran besar untuk terus bertahan.
Justeru tegasnya, usaha lebih tuntas perlu digerakkan mengambil kira media sosial, kandungan digital dan pengaruh budaya global terus melebar tanpa sempadan.









