Ismail Sabri Yaakob berkata bahasa Melayu perlu ada dalam ruang teknologi yang membentuk kehidupan manusia masa kini agar ia terus berkembang dan kekal relevan di peringkat global.PETALING JAYA: Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu disesuaikan dengan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI) dan bukannya sekadar bergantung kepada nostalgia lalu, kata Ismail Sabri Yaakob.
Menurut bekas perdana menteri itu, bahasa Melayu mesti hadir dalam ruang teknologi yang membentuk kehidupan manusia masa kini agar ia terus berkembang dan kekal relevan di peringkat global.
Katanya, jika masyarakat mahu bahasa Melayu terus mempunyai tempat pada masa hadapan, pembangunan korpus bahasa, pangkalan data digital, dan teknologi pemprosesan bahasa yang berupaya memahami bahasa Melayu dengan baik perlu disegerakan.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F05%2Fb233407f10ba98014b5a6c0928384c01.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)