Tiga terbunuh dalam dua serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di ibu negara Riyadh dan sebuah pesawat Saudia Airlines, menurut Arab Saudi. (Gambar Reuters)ISTANBUL: Tiga terbunuh dalam dua serangan pada Khamis ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di ibu negara Riyadh dan sebuah pesawat Saudia Airlines, menurut Arab Saudi pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.
Menurut Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam dalam kenyataan di X, serangan pertama menyasarkan kemudahan lapangan terbang manakala serangan kedua mengena pesawat milik syarikat penerbangan negara itu.
Pasukan tindak balas kecemasan pantas bertindak balas terhadap serangan yang turut mencederakan 'sebilangan rakyat dan penduduk pelbagai negara,' kata pihak berkuasa.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F05%2Fb233407f10ba98014b5a6c0928384c01.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)