RIYADH: Tiga orang dilaporkan terbunuh dalam serangan ke atas lapangan terbang di Arab Saudi ketika sebuah pesawat sedang mendarat, menurut pihak berkuasa penerbangan awam negara itu.

Serangan berlaku ketika pertempuran antara kumpulan Houthi yang disokong Iran dan pasukan kerajaan Yaman yang disokong Arab Saudi semakin sengit.

Dalam serangan terbaharu itu, seorang terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh.

Dua lagi terbunuh dan 28 cedera dalam serangan ke atas kemudahan di lapangan terbang Abha.

Pihak berkuasa berkata, satu serangan berlaku semalam dan satu lagi pada Selasa, namun tidak menjelaskan di mana dan bila serangan berlaku pada setiap hari berkenaan.