Istanbul: Pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman pada awal Selasa memaklumkan tenteranya memusnahkan sebuah depot yang menyimpan 20 peluru berpandu balistik di kawasan pergunungan di wilayah Saada, barat laut Yaman, selain tapak pelancaran peluru berpandu balistik di ibu negara Sanaa, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap pakatan itu, Turki al-Maliki, mengumumkan serangan itu dalam kenyataan yang disiarkan Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Pada Isnin, pakatan itu memaklumkan pihaknya melancarkan operasi ketenteraan terhadap sasaran Houthi di wilayah Hodeidah di barat Yaman, yang terletak di pesisir Laut Merah.
Al-Maliki berkata, operasi itu memusnahkan depot senjata, tapak penyimpanan bot sarat bahan letupan dan periuk api laut.






