Kuala Lumpur: Kejayaan Malaysia meraih pingat gangsa dalam acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Sukan Asia Aichi-Nagoya menyerlahkan kekuatan bakat dalam ekosistem Liga MLBB Profesional (MPL) Malaysia (MPL MY).
Ketua jurulatih kebangsaan Poon Kok Sing atau lebih dikenali sebagai OzoraVeki berkata MPL MY terus melahirkan pemain berbakat yang mampu bersaing pada tahap lebih tinggi sekiranya mereka diberikan bimbingan dan persekitaran yang sesuai.
"Saya fikir MPL MY mempunyai ramai bakat, itu sudah pasti kerana saya melihat khususnya selepas Sizkaa (Muhammad Razif Sazali) dan Cikugais (Muhammad Danial Mohamad Fuad) menyertai pasukan, mereka menunjukkan peningkatan yang ketara sepanjang empat hari sesi latihan bersama.








/file/attachments/orphans/WARISANChenKetChuin0610261112_284135.png)

