olivia@nst.com.my
Kota Kinabalu: Sabah sedang mempertimbangkan kemungkinan membangunkan laluan baharu di Gunung Kinabalu, namun pendaki tetap dilarang menggunakan mana-mana laluan yang belum mendapat kebenaran Taman-Taman Sabah (Sabah Parks).
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, berkata kementeriannya sudah meneliti beberapa laluan dan kawasan yang berpotensi untuk diterokai sebelum gambar kawasan kurang diterokai di gunung itu yang dikongsikan pendaki Croatia, Mauro Persic, tular di media sosial.
"Memang kami sudah melihat perkara ini sebelum gambar yang dikongsi beliau (Persic) tular, perkara itu sudah dalam perancangan kami.
"Bagaimanapun, kami belum membuat keputusan untuk membuka mana-mana laluan baharu (setakat ini).









